00:00Alhamdulillah, saya ingat Kementerian Pendidikan Malaysia masuk tahun ini, belanjawan yang seterusnya ini, yang baru diumumkan semalam, telah menjadi penerima tertinggi dan terbesar peruntukan.
00:25Alhamdulillah kami rakamkan ucapan terima kasih kepada yang amat berhormat Perdana Menteri di atas pengumuman tersebut.
00:32Pengumuman itu telah memberikan kita satu dimensi yang sangat besar.
00:38Pertama, soal komitmen pendidikan yang mesti diterajui dengan lebih cekap kerana melibatkan peruntukan yang besar.
00:45Kedua, adalah segmen inklusif yang bermaksud bahwa anak-anak kita ini tiada yang terpinggir.
00:53Kita lihat melalui pengumuman semalam, semua segmen anak-anak kita mendapat manfaat yang cukup besar daripada sekolah-sekolah baru.
01:02Kemudian, inisiatif-inisiatif yang melibatkan kantin dan musallah, termasuk untuk Sabah dan Sarawak, meneruskan komitmen membaiki sekolah-sekolah daif.
01:13Kemudian, dengan pengumuman berkaitan dengan 11 pusat permata yang akan memberikan tumpuan kepada kanak-kanak autism,
01:23dan dua sekolah yang akan ditubuhkan di Johor dan Sabah juga untuk sekolah yang melibatkan anak-anak autism.
01:32Begitu juga dengan beberapa allowance lain yang penting, khususnya juga kepada siswa guru IPG yang telah dinaikkan allowance,
01:39semuanya syabas buat para bakal guru kita dan juga komitmen-komitmen yang terkait rapat dengan kebajikan, bantuan awal kesekolahan dan juga RMT.
01:49Jadi, secara keseluruhannya belanjawan ini saya sifatkan sebagai belanjawan yang memenuhi keperluan semua anak-anak kita
01:57dan kita harapkan agar komitmen itu berjalan sejajar dengan apa yang kita namakan sebagai kualiti pendidikan.
02:05Dan diharap dengan adanya komitmen yang terbesar daripada kerajaan madani ini, inilah dia yang kita mahukan dalam konteks terus memertabatkan pendidikan dalam negara. Terima kasih.
Comments