Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam

  • 17 hari lalu
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam

BERITA SEMASA 21 MEI 2024

Pihak pembelaan mewakili lelaki Israel yang berdepan dua pertuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pistol, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa bahawa kes berkenaan mungkin dilakukan individu lain.

Semasa sebutan kes tersebut di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin, peguam, Navinjit Singh yang mewakili Avitan Shalom berkata, kemungkinan anak guamnya tidak melakukan kesalahan berkenaan kerana nama dalam kertas pertuduhan tertera nama berlainan.

Beliau berkata, menerusi pasport Perancis digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata, pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meminda nama di kertas pertuduhan tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665886/berita/semasa/nama-lain-kes-libat-lelaki-israel-mungkin-dilakukan-orang-lain---peguam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #WargaIsrael #Mahkamah

Disyorkan