Anwar Ibrahim lawat Mutang Tagal di hospital IJN

  • bulan lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Ini susulan laporan media yang sebelum ini ada menyatakan bahawa Mutang menerima rawatan perubatan susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan.