Kerajaan setuju pinda syarat MM2H

  • 2 bulan lalu
Kerajaan setuju pinda syarat MM2H

BERITA SEMASA 15 MAC 2024

Kerajaan bersetuju meminda beberapa syarat program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi menarik lebih ramai peserta dari luar negara menyertai program itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan itu bukan sahaja membabitkan permohonan, tetapi juga kadar simpanan tetap dan jumlah pembelian hartanah dengan harga munasabah.

Menurut beliau, perkara berhubung pindaan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JPKP) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), yang dipengerusikannya, pada Selasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654578/berita/nasional/kerajaan-setuju-pinda-syarat-mm2h

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #pindasyaratMM2H