Warga emas tinggal di rumah usang dibantu

  • 3 bulan lalu
BERITA SEMASA 22 FEBRUARI 2024

Meskipun keadaannya terlalu daif, namun rumah usang di Kampung Pekajang di Iskandar Puteri tetap dianggap 'syurga' buat warga emas yang sudah mendiaminya sejak hampir 50 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin

Zainuddin Abdullah, 61, berkata, rumah usang itu menjadi tempat perlindungannya daripada hujan dan panas meskipun terpaksa tidur dan masak di bahagian anjung rumah.

Zainuddin merupakan antara enam keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar yang dikunjungi ketika program ziarah kasih pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650806/edisi/johor/rumah-usang-daif-syurga-buat-zainuddin

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Daif #bantuan