Malaysia import bawang dari China, Thailand dan Pakistan

  • 5 bulan lalu
Malaysia import bawang dari China, Thailand dan Pakistan

BERITA SEMASA 5 FEBRUARI 2024

Kerajaan mendapatkan bekalan bawang dari China, Thailand dan Pakistan susulan keputusan India melarang eksport sayuran itu hingga Mac tahun depan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bekalan bawang dalam negara kini masih mencukupi.

Jelasnya, sekatan import bawang dari India bersifat sementara dan bekalan bawang akan diperoleh semula daripada negara tersebut.

Pada 8 Disember lepas, India yang menyumbang sebanyak 36 peratus kepada import bawang ke Malaysia telah melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna di negara itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/648007/berita/nasional/malaysia-import-bawang-dari-china-thailand-dan-pakistan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #bekalanbawang