Tony Pua disiasat kerana menghasut

  • 3 bulan lalu
Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam satu kenyataan media, Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung kenyataan Pua, yang didakwa menghina Institusi Diraja dalam berkaitan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan berhubung kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Disyorkan