Pasang lampu, penghadang jalan di laluan maut - Nurul Syazwani

  • 4 bulan lalu
Pasang lampu, penghadang jalan di laluan maut - Nurul Syazwani

BERITA SEMASA 4 FEBRUARI 2024

Kerajaan digesa menyalurkan peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih dan pemasangan lampu serta penghadang jalan di kilometer 53 Jalan Klang - Teluk Intan yang disifatkan 'laluan maut' berikutan kekerapan kemalangan. Lapor Wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, laluan itu ibarat perangkap maut kepada pengguna jalan raya sekiranya dibiarkan berterusan.

Menurut beliau, perkara itu telah dibawa dalam perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, namun masih tiada jalan penyelesaian bagi menanganinya.


Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647799/edisi/selangor-kl/pasang-lampu-penghadang-jalan-di-laluan-maut---nurul-syazwani

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #lampujalan #aduan