Cemburu, sakit hati punca Bella dibunuh - KPN

  • 4 bulan lalu
Cemburu, sakit hati punca Bella dibunuh - KPN

BERITA SEMASA 24 JANUARI 2024

Polis mengesahkan motif pembunuhan Mira Sharmila Samsusah, 32 atau Bella disebabkan cemburu dan sakit hati, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil siasatan dilakukan telah mengenal pasti motif berkenaan manakala punca kematian Bella disebabkan keretakan di kepala akibat objek tumpul.

Jumaat lalu, rangka seorang wanita ditemukan di sebuah rumah terbiar Batu 7, Tongkang Pechah, selepas suspek ditahan sebaik tiba di tanah air selepas menunaikan umrah bersama keluarga.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645998/berita/semasa/cemburu-sakit-hati-punca-bella-dibunuh---kpn

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Bella #BelleDibunuh #Cemburu #PDRM