PADU tidak wajar bertindak seolah-olah LHDN - Pengarah MINDA-UKM

  • 5 bulan lalu
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tidak wajar bertindak seolah-olah Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam usaha mengumpulkan data mengenai pendapatan serta perbelanjaan rakyat. Jelasnya, situasi itu hanya akan merumitkan lagi keadaan dan wujud pertindihan fungsi badan kerajaan terbabit.