Terengganu dilanda banjir gelombang kedua

  • 6 bulan lalu
Terengganu dilanda banjir gelombang kedua

BERITA MOJO 14 DISEMBER 2023

Daerah Hulu Terengganu menjadi daerah pertama dilanda banjir gelombang kedua bermula Khamis ekoran hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sehingga jam 2 petang ini seramai 124 mangsa banjir daripada 29 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong.

Kata kenyataan itu, PPS berkenaan mula diaktifkan jam 10.20 pagi selepas beberapa kawasan di situ mula dinaiki air.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat merah atau buruk di Terengganu bermula Rabu hingga Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/639653/berita/semasa/terengganu-dilanda-banjir-gelombang-kedua

Muzik: Elevate/bensound.com

#SinarHarian #MojoLive #SinarTerkini #banjirgelombangkedua

Disyorkan