Suami isteri warga emas maut ditikam anak

  • 6 bulan lalu
Suami isteri warga emas maut ditikam anak

BERITA MOJO 10 DISEMBER 2023

Suami isteri warga emas ditemui maut dipercayai ditikam anak lelaki dalam kejadian pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada malam Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mayat pasangan berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku pergaduhan antara pasangan itu dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun yang dipercayai penagih dadah.

Polis berjaya menahan suspek di lokasi kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/638924/berita/semasa/suami-isteri-warga-emas-maut-ditikam-anak

Muzik: Out of Flux - Surrendered dari www.artlist.co

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini