Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal

  • 6 bulan lalu
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal

BERITA MOJO 1 DISEMBER 2023

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak pada Jumaat atas pertuduhan mengabaikan empat anaknya, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan pengabaian terhadap tiga anak lelakinya berusia 11 tahun, tiga tahun dan 10 bulan serta anak perempuannya berusia enam tahun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Kompleks Pejabat dan Kuaters Kerajaan dekat Kampung Gajah sekitar jam 10.44 pagi pada 23 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 33(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/637483/berita/semasa/bapa-mengaku-tinggalkan-empat-anak-di-pondok-pengawal

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaMojo #SinarTerkini

Disyorkan