Permohonan UPU gagal, peluang lain masih terbuka

  • 6 bulan lalu
Tanggapan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal diterima masuk melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU) untuk memasuki universiti awam tidak berjaya, adalah sesuatu yang tidak tepat.

Bagi penerima Anugerah Pelajaran DiRaja Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Azri Mizra yang pernah merasai situasi itu berkata, pelajar seharusnya mencari jalan alternatif menyambung pengajian tinggi yang banyak ditawarkan di Malaysia.