Nama kembali memuncak, Fuad Rahman minta Tom berhenti kerja kelab malam

  • 7 bulan lalu
Fuad Rahman meminta isterinya iaitu Tom meninggalkan karier sebagai penyanyi kelab malam sebagai langkah mengelak daripada fitnah masyarakat.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, berkata, dia tidak mahu nama isterinya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang tidak baik selain ia demi kebaikan buat mereka sekeluarga.

Apatah lagi ketika ini, nama Tom kembali menjadi memuncak selepas menyertai program realiti seperti Gegar Vaganza dan Famili Duo 3.
ok