Kedah, Perak terjejas, 344 mangsa ditempatkan di 7 PPS

  • 7 bulan lalu
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun setakat jam 7 pagi, pada Jumaat.

Manakala di Perak jumlah mangsa pula menurun kepada 103 mangsa di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), keseluruhan seramai 344 mangsa daripada 108 keluarga ditempatkan di tujuh buah PPS di dua negeri terbabit.