Lelaki, teman wanita didakwa abai dan cedera anak lelaki

  • 7 bulan lalu
Lelaki, teman wanita didakwa abai dan cedera anak lelaki

BERITA MOJO 22 OKTOBER 2023

Seorang lelaki dan teman wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan mengabaikan anak kandungnya yang berusia tujuh tahun sehingga kekurangan zat makanan dan nutrisi, lapor wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak.

Pasangan tersebut, R Thalayan dan K Mageswari membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Bagi pertuduhan tersebut, lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu van kilang manakala wanita itu tidak bekerja didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Pulai Jaya di sini antara Julai hingga 12 Oktober lalu.

Dalam pertuduhan berasingan, Mageswarir didakwa mencederakan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan mengalami kecederaan fizikal pada bahagian tangan kanan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630761/berita/semasa/lelaki-teman-wanita-didakwa-abai-dan-cedera-anak-lelaki

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Disyorkan