Penduduk tak tahan 'hidup' dengan lalat

  • 7 bulan lalu
Penduduk tak tahan 'hidup' dengan lalat

BERITA MOJO 18 OKTOBER 2023

Masalah lalat yang tidak berkesudahan masih membelenggu penduduk sekitar Gurun dan Jeniang, Kedah yang berdepan isu itu sejak kira-kira 10 tahun lalu biarpun pernah dibangkitkan sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Penduduk, Siti Hawa Jusoh berkata, kehadiran lalat dengan jumlah banyak serta sukar dikawal itu menyebabkan mereka tidak senang duduk terutama ketika mahu menyediakan makanan dan waktu makan.

Menurutnya, situasi lebih sukar apabila menerima kehadiran tetamu yang berkunjung ke rumah lebih-lebih lagi apabila menganjurkan majlis tertentu di kampung.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/629681/edisi/utara/penduduk-tak-tahan-hidup-dengan-lalat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa

Disyorkan