Dua direman disyaki minta, terima wang rasuah uruskan mayat bukan Islam

  • 8 bulan lalu
Dua direman disyaki minta, terima wang rasuah uruskan mayat bukan Islam

BERITA SEMASA 29 SEPTEMBER 2023

Dua kakitangan perubatan awam direman lima hari bermula pada Jumaat selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM3,500 sebagai balasan menawarkan kerja-kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia 30-an dan 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Syed Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret Seremban selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa, Zainab Yahaya.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 30-an dan 40-an itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang di pejabat SPRM Negeri Sembilan pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/281514/Rasuah-urus-mayat:-Dua-staf-perubatan-awam-direman-lima-hari

Muzik: www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini


Disyorkan