'Saya rela masuk penjara dari bayar denda' - Hadi

  • 9 bulan lalu
Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau rela masuk penjara daripada membayar denda jika disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia susulan ucapannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.

Presiden Pas itu berkata, ini kerana wang untuk membayar denda lebih baik disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Media sebelum ini melaporkan kertas siasatan polis berhubung kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi berhubung mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen

Disyorkan