Halim Saad saman Dr Mahathir, kerajaan isu saham Renong

  • 10 bulan lalu
Seorang ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain.

Ia bagi menuntut pampasan berhubung kerugian dialaminya selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) oleh kerajaan, hampir 23 tahun lepas.