Terpaksa berhenti sekolah demi nenek

  • 11 bulan lalu
Terpaksa berhenti sekolah demi nenek

BERITA SEMASA 27 JULAI 2023

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Batu 8, Kota Bharu terpaksa melupakan alam persekolahan apabila neneknya diserang strok pada Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Lebih menyedihkan lagi apabila Mohd Airis Haikal Abdullah dan neneknya, Moreena Mohamad, 59, terpaksa keluar dari rumah sewa yang didiami di Kok Lanas kerana tidak mampu untuk membayar sewa berjumlah RM250.

Selepas terlantar, Moreena yang sebelum ini mencari rezeki dengan menjual barangan kitar semula tidak dapat berbuat demikian sehingga hilang punca pendapatan dan hanya mampu bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM250.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/270350/edisi/kelantan/terpaksa-berhenti-sekolah-demi-jaga-nenek

Muzik: Bensound 'slow motion'

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo

Disyorkan