Suami isteri dituduh edar dadah terlepas hukuman gantung

  • 10 bulan lalu
Suami isteri dituduh edar dadah terlepas hukuman gantung

BERITA MOJO 26 JULAI 2023

Sepasang suami isteri berpelukan dan menitiskan air mata kegembiraan selepas Mahkamah Tinggi Ipoh melepas dan membebaskan daripada tuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed terhadap Muhammad Yasmi Mohammad Yasin, 48, dan isterinya, Rossuhili Ikhsan, 47, pada akhir kes pendakwaan.

Abdul Wahab ketika membaca kesimpulan kehakiman selama kira-kira 40 minit berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie yang ditimbulkan terhadap kedua-dua tertuduh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/270131/berita/semasa/suami-isteri-menangis-syukur-terlepas-hukuman-gantung

#SinarHarian #BeritaMojo