Guru, pembantu taska berdepan tiga pertuduhan aniaya lima kanak-kanak

  • 10 bulan lalu
Guru, pembantu taska berdepan tiga pertuduhan aniaya lima kanak-kanak

BERITA SEMASA 14 JULAI 2023

Seorang guru bersama pembantu taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh pada Jumaat atas tuduhan menganiaya lima kanak-kanak berusia dua tahun di sebuah taska di Taman Meru Perdana 2, Chemor di sini minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Kedua-dua tertuduh, Wan Suhaila Mior Khir, Noor Shafina Abdul Khair, masing-masing berdepan tiga pertuduhan yang dilakukan pada 4 dan 6 Julai 2023 di Taska Nur Raihan, Taman Meru Perdana 2, Chemor di Ipoh.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh melakukan perbuatan termasuk menampar pipi, menarik badan, menekan kepala ke bantal, merentap rambut dan mencubit pipi empat kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/268189/Guru,-pembantu-taska-didakwa-aniaya-lima-kanak-kanak

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SinarTerkini