Pengguna Touch 'n Go eWallet kini boleh nikmati pembayaran QR rentas sempadan di 6 negara

  • 11 bulan lalu
Touch 'n Go eWallet kini menawarkan pengalaman pembayaran rentas sempadan yang lancar di enam destinasi popular seperti China, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.
Touch ‘n Go berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa perkembangan tersebut membawa lebih 20 juta penggunanya kepada rangkaian luas berjuta-juta titik sentuh pedagang, didayakan menerusi penyepaduannya dengan pembayaran QR rentas sempadan negara dan perkongsiannya dengan Alipay+ Ant Group.

Disyorkan