[TERKINI] Hadi Awang kekal Ahli Parlimen Marang

  • tahun lalu
Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan kemenangan Presiden Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya membuat keputusan itu selepas pihak pempetisyen gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Disyorkan