'Pakaian jururawat wanita ketat, nampak bentuk badan' - MP Kuantan

  • 11 bulan lalu
BERITA SEMASA 15 JUN 2023

Ketika sesi perbahasan Kertas Putih Kesihatan, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor menyifatkan, kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan tidak mematuhi syariah.

Bahasnya lagi, ahli Parlimen daripada Pas itu meminta kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil contoh beberapa hospital lain yang memberi pilihan kepada kakitangan wanita mereka untuk mengenakan pakaian lebih sesuai.

Beliau turut memberi contoh Hospital USM Kubang Kerian dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah Kuantan malah turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua hospital ini memberi pilihan etika lebih baik buat pekerja.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263614/berita/nasional/pakaian-jururawat-wanita-ketat-tak-patuh-syariah---mp-kuantan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa