Golongan warga emas di Kampung Kubang Keladi meneruskan warisan menganyam pokok kercut untuk dijadikan tikar, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.
Proses membuat tikar bermula dengan memotong pokok, menjemur, mewarna dan menumbuk helaian pokok.
Pelbagai saiz tikar dihasilkan daripada pokok yang tumbuh meliar di sekitar paya.
Tikar kercut yang siap sepenuhnya dijual pada harga RM80 bergantung pada saiznya.