Bapa dihukum penjara 54 tahun dan 25 sebatan, rogol anak

  • tahun lalu
Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk merogol anak kandung.

Tertuduh berusia 39 tahun turut mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii, melakukan kelucahan melampau, miliki pornografi kanak-kanak dan video lucah selepas pertuduhan dibacakan.