Anwar mahu Pan Borneo diselesaikan kaedah 'fast track'
  • 11 bulan lalu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak diselesaikan dengan kaedah 'fast track' atau laluan pantas. Ujarnya, pembinaan Pan Borneo mengambil masa terlalu lama, dan seharusnya diselesaikan secepat mungkin demi rakyat di dua negeri itu.