Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5/21/2023
Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman melahirkan rasa syukur operasi tahun ini sudah kembali seperti sebelum wabak COVID-19 melanda.

Beliau yang juga ketua rombongan haji Malaysia berkata, TH bersedia menyantuni kesemua jemaah haji dengan kerjasama petugas haji termasuk kakitangan daripada agensi lain bagi memastikan perjalanan jemaah haji tanah air dan di tanah suci lancar.

Penghargaan turut dizahirkan kepada kerajaan arab saudi kerana masih meneruskan program Makkah route yang memudahkan urusan pelepasan imigresen ketika Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.

Category

🗞
News

Recommended