[TERKINI] Bicara kes 1MDB ditangguh, Najib terima rawatan cirit-birit

  • tahun lalu
Perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, tertangguh lagi selepas bekas Perdana Menteri itu masih menerima rawatan akibat cirit-birit dan berisiko mengalami dehidrasi.

Menurut pakar perubatan klinikal, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Fadhli Zil Ikram Karim mengesahkan perkara itu, ketika prosiding kes berlangsung di hadapan hakim mahkamah rayuan yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.