YDPA titah rakyat terus bersatu kekalkan keamanan

  • tahun lalu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar daripada rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama dalam aspek kebebasan beragama.

Seri Paduka bertitah rakyat seharusnya bersyukur kerana di negara ini semua bangsa dan agama bebas untuk beribadat serta menyambut ketibaan hari kebesaran masing-masing dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan.

Baginda bertitah demikian dalam perutusan khas Aidilfitri yang disiarkan malam tadi.