Syafiq Yusof harap Polis Evo 3 ulang kejayaan lama

  • tahun lalu
Pengarah filem Polis Evo 3, Syafiq Yusof berharap sokongan terhadap francais popular ini dapat diteruskan sebagaimana respon cemerlang diterima menerusi dua filem sebelum ini.
Menurut anak kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ini juga, dia gembira dengan kerjasama barisan pelakon yang cukup komited sepanjang penggambaran filem yang dilakukan sejak tiga tahun lalu.
Syafiq ditemui di Majlis Berbuka Puasa bersama para media dan warga kerja Polis Evo 3 di Six In The City 6, Petaling Jaya pada Khamis.

Disyorkan