Bilik sesak, panas: 226 warga Bangladesh, Nepal diselamatkan

  • tahun lalu
Bilik sesak, panas: 226 warga Bangladesh, Nepal diselamatkan

BERITA SEMASA 11 APRIL 2023

Panas, sempit dan terpaksa bersesak sehingga lebih 60 orang dalam satu bilik. Itu antara keadaan di sebuah bangunan yang menempatkan 226 warga Bangladesh dan Nepal yang diselamatkan Jabatan Tenaga Kerja dan Sumber Manusia (JTKSM) dalam satu operasi pada petang Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Lebih menyedihkan apabila kesemua bilik di sebuah bangunan tiga tingkat di Bandar Baru Nilai itu hanya dilengkapi dua atau tiga kipas industri selain tilam nipis dengan kira-kira 20 katil dua tingkat.

Malah kebanyakan warga asing yang berumur 20-an hingga 40-an ketika ditemui pemberita memaklumkan, mereka dibawa masuk oleh majikan daripada sektor pembersihan dan pembuatan sejak 40 hari lalu, namun ada dalam kalangan mereka masih belum bekerja seperti mana yang dijanjikan.

Artikel: https://go.sinar.la/3UpJvOL

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian