Lawatan PM: Wisma Putra sifatkan tanggapan sebagai tidak berasas

  • tahun lalu
Kementerian Luar Negeri (KLN) telah mengatur urus persiapan awal dan perjalanan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi secara profesional dan berdasarkan prosedur operasi tetap (SOP), sepertimana yang dilaksanakan bagi lawatan-lawatan sebelum ini dan juga lawatan terkini iaitu lawatan rasmi ke Kemboja pada 27 Mac yang telah berjalan dengan lancar.

Berdasarkan perjalanan dan hasil lawatan, lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi menggambarkan kepentingan hubungan diplomatik dan kerjasama di antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.