Mangsa banjir B40 di Johor, Pahang diberi baucar barangan elektrik

  • tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengagihkan baucar barangan elektrik sebanyak RM300 kepada 1,000 keluarga miskin tegar yang terjejas dengan bencana banjir di Johor dan Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, KPDN akan bekerjasama dengan syarikat pengeluar elektrik untuk menawarkan barangan dengan harga yang lebih murah daripada pasaran.