Diplomasi | PM terima kunjungan ketua perwakilan diplomatik negara

  • tahun lalu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia yang bakal memulakan tugasan baharu di negara penempatan masing-masing.

Dalam kemaskini di laman Twitter rasmi beliau, pertemuan pada Isnin itu turut membincangkan mengenai beberapa perkara termasuk mempergiat usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia.