Penyeludupan Manusia | 4 lelaki ditahan dipercayai sebabkan kematian 18 migran

  • tahun lalu
Pihak berkuasa Bulgaria menahan empat individu selepas penemuan 18 mayat migran Afghanistan, termasuk kanak-kanak dalam sebuah trak yang ditinggalkan berhampiran ibu negaranya, Sofia.

Kementerian Dalam Negerinya mendedahkan trak berkenaan dipercayai digunakan untuk membawa kayu dan pendatang, yang disembunyikan dalam beberapa bahagian kenderaan tersebut.