Salah Guna Kuasa | Jangan jadikan Muhyiddin sasaran fitnah – Wanita PN
  • tahun lalu
Wanita Perikatan Nasional (PN) Johor akan membuat laporan polis terhadap mana-mana pihak yang terus menjadikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai sasaran fitnah berkaitan isu salah guna kuasa.

Ketuanya, Datuk Azlinda Abd Latif berkata, usaha tersebut akan disokong wanita PN di seluruh negara, menerusi gelombang perjuangan atas dasar integriti, stabil dan bersih.