Tragedi | Anggota komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan

  • tahun lalu
Seorang anggota tentera yang bertugas di unit komando dikhuatiri lemas di kawasan perairan Pulau Undan, Melaka, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa Lans Koperal Edrin Baintim, 25 tahun dikatakan hilang semasa sedang menjalani kurus juruselam di lokasi 0.7 batu nautika barat daya pulau berkenaan.