KWSP | Pertimbang masa depan pencarum sebelum benar pengeluaran - PM

  • tahun lalu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan perlu membuat penelitian lanjut dan mempertimbangkan masa depan pencarum sebelum membuat keputusan membenarkan pengeluaran sekali lagi tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ini kerana menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati majoriti simpanan kumpulan pencarum berkenaan terlalu rendah sekaligus boleh menghadirkan pelbagai kesukaran kepada mereka pada masa akan datang.