Banjir Kilat | Satu PPS dibuka di Hulu Terengganu

  • tahun lalu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Hulu Terengganu bagi menempatkan 43 mangsa selepas kediaman mereka di Kampung Kemat dilanda banjir kilat pada Khamis.

Menurut laporan sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu 15 keluarga yang terjejas itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Kemat.