Syok aih orang Kedah dapat telur ayam 150 ribu biji!

  • tahun lalu
Syok aih orang Kedah dapat telur ayam 150 ribu biji!

BERITA SEMASA 8 JANUARI 2022

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Kedah menampung kira-kira 40 peratus keperluan bekalan telur di negeri itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Pengarah FAMA Kedah, Isa Hamzah berkata, ia dilakukan melalui edaran 150,000 telur ayam bagi memenuhi permintaan pengguna di Kedah.

Sebanyak 105,000 telur ayam diedarkan pada peringkat pertama pada 27 hingga 28 Disember tahun lepas, manakala 45,000 telur ayam lagi diedarkan pada peringkat kedua bermula 5 Januari hingga Ahad.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3X5zFl8

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti