Israel-Palestin | Lagi remaja Palestin dibunuh tentera Israel

  • tahun lalu
Kementerian Kesihatan Palestin maklumkan, tentera Israel menembak mati seorang remaja di Baitulaham pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Adam Essam Shaker Ayyad, berusia 15 tahun dan meninggal dunia selepas ditembak di bahagian dada oleh tentera Israel semasa menceroboh Baitulaham pada waktu subuh.