Amanat Tahun Baharu | Ketepikan fahaman politik - Sultan Selangor, Tengku Permaisuri

  • tahun lalu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar setiap ahli masyarakat mengetepikan fahaman politik dan perbezaan luaran sempena tahun baharu 2023.

Baginda berdua dalam perutusan Tahun Baharu 2023 menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, bertitah supaya usaha itu dilaksanakan dalam mengatasi segala permasalahan dan cabaran yang sedang didepani oleh negara yang disayangi.