Sekatan Hak Wanita | Malaysia harap Afghanistan kaji semula tindakan

  • tahun lalu
Malaysia berharap Afghanistan mengkaji semula keputusan mengharamkan golongan wanita di negara itu memasuki universiti kerana ia akan menjejaskan Pembangunan Pendidikan Umat Islam pada masa akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau telah menulis surat berhubung perkara tersebut kepada Pemangku Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan Neda Mohammad Nadeem dan duta negara itu di Malaysia Dr Moheb Rahman Spinghar.

Disyorkan