Kemalangan | Kenderaan peronda polis terbakar tiba-tiba di LPT2

  • tahun lalu
Dua anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Hulu Terengganu tergamam apabila kereta peronda yang dinaiki mereka terbakar secara tiba-tiba.

Insiden berlaku di kilometer 381.8, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Bukit Besi,Dungun pada Jumaat petang.

Komander Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Khairul Ilmi Mohd. Akhir berkata, kereta peronda polis itu musnah 100 peratus akibat kebakaran berkenaan.

Disyorkan