MOTAC | Salur peruntukan majlis besar-besaran kepada mangsa banjir

  • tahun lalu
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan peruntukan bagi mengadakan majlis besar-besaran dan sambutan ambang tahun baharu 2023 disalurkan kepada mangsa dan pemain industri pelancongan yang terjejas akibat banjir.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ia selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran serta pembelian pakaian baharu untuk sesuatu majlis bagi mengelak pembaziran perbelanjaan.