Penduduk waspada banjir besar di Terengganu
  • tahun lalu
Penduduk waspada banjir besar di Terengganu

BERITA SEMASA 15 DISEMBER 2022

Penduduk di Kampung Kemat, di daerah Hulu Terengganu bimbang setiap kali berdepan cuaca hujan lebat ekoran kejadian banjir buruk luar jangka yang pernah melanda kawasan itu pada 27 Februari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Tinjauan mendapati kampung itu kembali dinaiki air sejak jam 2 petang pada Rabu selepas banjir beransur pulih dan kesemua PPS di Terengganu di tutup jam 12 tengah hari.

Sehingga jam 8 pagi pada Khamis, seramai 61 mangsa dari 13 buah keluarga ditempatkan di dua buah PPS di daerah berkenaan iaitu di Balai Raya Kampung Kemat dengan 35 mangsa dan Balai Raya Kampung Tapah, 26 mangsa.

Artikel: https://bit.ly/3hoD0wz

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian